About Us

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Alhamdulillah, saya panjatkan ucapan kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin Nya laman web Lembaga Ahli Geologi (BoG) ini berjaya dizahirkan juga akhirnya. Saya dengan sukacitanya mengalu-alukan anda melayari Laman Web Rasmi BoG ini dan berharap agar anda berpuas hati dengan perkhidmatan yang disediakan.

Dengan terhasilnya laman web ini, semua pengguna dapat mengakses maklumat tentang Lembaga ini dengan lebih mudah. Adalah diharapkan agar laman web rasmi ini digunakan bagi penyebaran yang berkesan berkaitan pelbagai aktiviti dan kegiatan yang akan dilaksanakan seperti maklumat pendaftaran, seminar, bengkel, perundingan, latihan, dan penerbitan. Semoga ia juga sebagai alat bagi membantu Lembaga mengorak langkah dalam memajukan aktiviti pembangunan berteraskan bidang geologi  dengan perkhidmatan ahli geologi yang profesional dan kompeten. Terbinanya laman web ini juga akan memberi peluang kepada masyarakat untuk memperoleh maklumat terkini, dan dapat mengenali BoG dengan lebih dekat lagi.

Akhir kata, saya mengucapkan tahniah dan terima kasih serta merakamkan penghargaan kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung di atas kerjasama dalam membangunkan laman web ini.

Insha-Allah, laman web ini akan terus dipertingkatkan dan di perbaiki dari semasa ke semasa.

Sekian, Wabillahitaufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabararakatuh.
Terima kasih.

Dato’ Yunus bin Abd. Razak
Pengerusi Lembaga Ahli Geologi
Malaysia.