Sukacita dimaklumkan bahawa sempena hari Wilayah Persekutuan pada 1 Februari 2017, YBhg. Datuk Mior Sallehuddin bin Mior Jadid selaku Ketua Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia dan juga menganggotai Lembaga Ahli Geologi Malaysia telah dikurniakan Darjah Kebesaran Panglima Mahkota Wilayah (P.M.W) yang membawa gelaran Datuk daripada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong ke-15. Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Ybhg. Datuk Mior Sallehuddin bin Mior Jadid atas pengurniaan tersebut.