Pembangunan Profesional Berterusan (Continuing Professional Development (CPD)) ditakrifkan sebagai mengekal, menambahbaik dan memperluas  pengetahuan dan kemahiran secara sistematik serta membangunan kualiti  peribadi untuk melaksanakan tugas profesional dan teknikal sepanjang hayat  kerja ahli yang berdaftar dengan Lembaga Ahli Geologi Malaysia. CPD adalah komitmen holistik profesional ke arah peningkatan kemahiran peribadi dan  kecekapan sepanjang kerjaya mereka.

Objektif CPD untuk ahli berdaftar adalah supaya mereka mengekalkan pengetahuan teknikal dan kemahiran iaitu kompetensi untuk melakukan pekerjaan. Pada masa yang sama semua ahli perlu mengikuti perkembangan geosains terkini dalam bidang mereka dan perubahan dalam kod dan peraturan. Adalah sangat penting bagi semua ahli berdaftar komited dalam CPD supaya mereka dapat menghadapi cabaran-cabaran semasa dan memanfaatkan peluang yang mendatang.

Penguatkuasaan CPD telah bermula pada tahun 2020 dan akan berkuatkuasa  sepenuhnya mulai pembaharuan pendaftaran ahli geologi bagi tahun 2023.

Sila muat turun borang dan maklumat berkaitan:

  • Garispanduan Pembangunan Profesional Berterusan (CPD)
  • Penjelasan aktiviti (Lampiran A)
  • Borang Permohonan Untuk Pembekal CPD (Lampiran B)
  • Borang Penyerahan CPD untuk Ahli Geologi Berdaftar (Lampiran C)

Muat turun: