Mesyuarat Lembaga Ahli Geologi Ke-24 (Bil. 1/2020) yang bersidang pada 10 Jun 2020, telah membuat keputusan untuk menangguh tarikh akhir pembayaran fi pembaharuan perakuan pendaftaran daripada 31 Januari 2020 kepada 30 Jun 2020. Ahli Geologi yang belum perbaharui perakuan hendaklah mengambil kesempatan ini dan membuat bayaran segera. Ini adalah peringatan terakhir. Kemasukan semula selepas tarikh ini akan dikenakan bayaran fi pembaharuan pendaftaran tertunggak serta fi kemasukan semula (RM500.00). Subseksyen 35(2) mengenai perkara kemasukan semula adalah berkaitan.