Takwim Mesyuarat Lembaga Ahli geologist 2026

Jadual Peperiksaan Penilaian Profesional Tahun 2026

Tempoh Pengalaman Amali

Sijil Pendaftaran Ahli Geologi
Kepada semua Ahli Geologi dan Pengamal Berdaftar,
Untuk makluman, bermula tahun 2024, penyerahan sijil Perakuan Pendaftaran secara hardcopy melalui kurier akan dimansuhkan. Semua sijil pendaftaran akan diserahkan kepada ahli dalam bentuk softcopy yang boleh dimuat turun sendiri oleh setiap ahli yang berdaftar.
NOTIS PEMBAHARUAN PENDAFTARAN BAGI TAHUN 2026
Kepada semua Ahli Geologi dan Pengamal Berdaftar,
Notis ini adalah makluman bahawa kesemua Sijil Pendaftaran bagi tahun 2025 akan tamat tempoh pada 31 Disember 2025 selaras dengan Seksyen 20, Akta Ahli Geologi 2008. Pembaharuan pendaftaran bagi tahun 2026 boleh dilakukan dengan membayar Fi Pembaharuan Pendaftaran, dikemukakan bersama Borang F dan Lampiran C (mata kredit CPD).
Daftar Kelayakan
Lembaga Ahli Geologi Malaysia dalam mesyuarat kali ke-41 pada 25 Jun 2024 telah meluluskan Daftar Kelayakan bagi permohonan pendaftaran ahli geologi menurut Akta Ahli Geologi 2008 [Akta 689]. Daftar Kelayakan ini disediakan selaras dengan kehendak Seksyen 20(1) dan Sek. 20(3) Akta Ahli Geologi 2008, dan Peraturan 10(1) Peraturan Pendaftaran Ahli Geologi 2015.


