Lembaga Ahli Geologi Malaysia dengan kerjasama Institut Geologi Malaysia dan Jabatan Mineral dan Geosains Sarawak telah menganjurkan Geoscience Week 2023 bertempat di Waterfront Hotel, Kuching Sarawak.

Program Geoscience Week Sarawak telah berlangsung selama tiga (3) hari, dari 7 Jun hingga 9 Jun 2023; dengan pengisian acara:

i. BOG-Stakeholders Engagement on the Importance of Geoscience for Sustainable Resources and Resilient Cities in Sarawak (7 Jun 2023) yang telah dihadiri daripada pelbagai agensi kerajaan negeri Sarawak;

ii. Board of Geologists Meeting (8 Jun 2023); dan iii. Seminar on Geological Resources of Sarawak (9 Jun 2023).

Objektif penganjuran ini adalah untuk mempertingkatkan peranan Lembaga Ahli Geologi (BoG) bagi menghasilkan Ahli Geologi Profesional yang berpaksikan STI dan agenda pembangunan national-tempatan dan juga untuk menyebarluaskan peranan Ahli Geologi Profesional dalam berbagai sektor ekonomi termasuk sumber geologi, tenaga, pembangunan infrastruktur, adaptasi perubahan iklim dan pengurangan risiko bencana.  Tidak lupa juga, untuk bertukar-tukar maklumat dan idea serta membina jaringan kerjasama antara ahli professional, perancang, pengurus dan teknokrat bagi pembangunan sosia-ekonomi yang lestari dan kemakmuran masyarakat.

Photo Album: