Menyedari tentang pentingnya pelan strategik bagi sesebuah organisasi, Lembaga Ahli Geologi Malaysia (BoG) telah menubuhkan satu pasukan petugas untuk membangunkan Pelan Strategik BoG 2023-2040 melalui gabungan pendekatan perancangan senario dan perancangan strategik.

Pelan Strategik BoG 2023-2040 ini berjaya diluncurkan oleh Yang Berhormat Nik Nazmi bin Nik Ahmad, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) bersama Pengerusi BoG, Datuk P.Geol. Zamri bin Ramli dalam Perhimpunan Bulanan NRES bertempat di Auditorium JAKIM, Pusat Islam Putrajaya pada 14 Mac 2024. 

 

Picture 1

Picture 2

Pelan strategik BoG 2023-2040 ini merupakan dokumen holistik di mana ianya memperincikan perancangan strategik Lembaga Ahli Geologi merangkumi hala tuju,bidang fokus dan pelan tindakan dalam usaha menangani keperluan semasa dan mendepani cabaran masa hadapan. Secara keseluruhannya, terdapat 33 Pelan Tindakan bagi mencapai 8 Objektif Strategik yang didokong oleh 4 Teras Strategik. Pelaksanaan pelan strategik tersebut akan memastikan BoG mencapai Visi dan Misi menjelang tahun 2040.

Dokumen Pelan Strategik BoG 2023-2040 ini boleh didapati melalui pautan di bawah: