Di bawah Akta 689, Seksyen 4 (1)(h) iaitu menjalankan peperiksaan bagi penerimaan masuk ke dalam profesion geologi, pihak Lembaga Ahli Geologi mengambil keputusan untuk menjalankan penilaian profesional untuk melayakkan ahli berdaftar sebagai ahli geologi professional (P.Geol.)

Untuk makluman Sesi peperiksaan bahagian I telah dipinda ke 3 MEI 2024 (Jumaat), peperiksaan ini mengandungi 40 soalan selama 45 minit. Link bagi sesi ini akan dibuka dari pukul 10 pagi sehingga 12 tengahari secara atas talian dengan menggunakan peranti sendiri di premis masing-masing. 

Calon akan dinilai melalui dua mod peperiksaan penilaian profesional yang akan dijalankan secara berterusan, iaitu:

  • Peperiksaan Bahagian I; Peperiksaan Umum – Aneka Pilihan secara atas talian berkenaan Akta 689, Health Safety Environment, etika profesionalisme)
  • Peperiksaan Bahagian II; Penilaian secara Lisan untuk bidang amalan geologi (Oral Interview)

Semua pemohon yang berminat untuk mengambil peperiksaan ini dikehendaki menyerahkan borang permohonan yang lengkap serta dokumentasi sokongan berikut selewat-lewatnya pada 29 April 2024:


(i) Borang permohonan (Borang J) yang lengkap


(ii) Salinan kad pengenalan atau dokumen pengenalan sebagai bukti kewarganegaraan semasa.


(iii) Bukti bayaran fi peperiksaan (RM200). Permohonan untuk peperiksaan tidak akan diproses tanpa bukti pembayaran fi peperiksaan


(vi) Kurikulum Rekod Vitae - amalan dalam bidang Geosains. 

Permohonan boleh dikemukakan dengan mengepilkan semua dokumen yang diperlukan ke This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it..