Lembaga Ahli Geologi Penggal Ke-4 (2023-2026)
Lembaga Ahli Geologi Malaysia merakamkan ucapan tahniah atas pelantikan Anggota Lembaga, Lembaga Ahli Geologi Penggal Ke-4 (2023-2026) berkuatkuasa 1 Disember 2023.
PELANTIKAN INSPEKTOR LEMBAGA AHLI GEOLOGI MALAYSIA DI BAWAH AKTA AHLI GEOLOGI 2008 [AKTA 689]
Selaras dengan peruntukan Seksyen 37, Akta Ahli Geologi 2008 [Akta 689], YB Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) telah melantik Inspektor Lembaga Ahli Geologi Malaysia. Lembaga berharap Inspektor yang telah dilantik akan melaksanakan tanggungjawab dengan penuh integriti dalam usaha Lembaga Ahli Geologi Malaysia (BoG) melaksanakan fungsinya sebagai penyelia profesion geologi di Malaysia dan seterusnya menerajui bidang geologi di peringkat antarabangsa.
Status Sijil Pendaftaran Bagi Tahun 2024
Kepada semua Ahli Geologi dan Pengamal Berdaftar,
Untuk makluman, bermula tahun 2024, penyerahan sijil Perakuan Pendaftaran secara hardcopy melalui kurier akan dimansuhkan. Semua sijil pendaftaran akan diserahkan kepada ahli dalam bentuk softcopy yang boleh dimuat turun sendiri oleh setiap ahli yang berdaftar.
Skala Fi Minimum Perkhidmatan Geologi 2023
Lembaga Ahli Geologi Malaysia (BoG) telah menyediakan Skala Fi Minimum Perkhidmatan Geologi 2023, selaras dengan fungsi BoG seperti termaktub di bawah Subseksyen 4(1)(b) Akta Ahli Geologi 2008 [Akta 689]. Dokumen yang disediakan ini telah melalui proses libat urus bersama agensi kerajaan, pemain industri, Institut Geologi Malaysia (IGM) dan Ahli Geologi Berdaftar.
Notis Pembaharuan Pendaftaran Bagi Tahun 2024
Kepada semua Ahli Geologi dan Pengamal Berdaftar,
Notis ini adalah makluman bahawa kesemua Sijil Pendaftaran bagi tahun 2023 akan tamat tempoh pada 31 Disember 2023 sesuai dengan Seksyen 20, Akta Ahli Geologi 2008. Pendaftaran bagi tahun 2024 boleh diperbaharui dengan melengkapkan Fi Pembaharuan Pendaftaran, dikemukakan bersama Borang F dan Lampiran C. Fi Pembaharuan Pendaftaran tersebut boleh dilengkapkan bermula pada 15 November 2023 sehingga 31 Januari 2024. Bayaran boleh dibuat dalam bentuk tunai atau internet perbankan/CDM/arahan wang/draf bank/cek dibayar kepada